MASJID AL WATANIAH

PASIR PANJANG LAUT,32040 SERI MANJUNG, PERAK
PERAK
0802077
0194249760
01/01/1957

SEJARAH

Masjid Wataniah yang ada sekarang terletak di lot 34029, seluas 0.9630 hektar berada di tepi jalan raya utama Kg. Pasir Panjang Laut. Ianya dibina pada tahun 1957, setelah berpindah dari tapak masjid lama yang kecil dan berjauhan dari jalan raya utama. Masjid Wataniah telah beroperasi dan dirasmikan pada 11 Jun 1965. Selepas itu mengalami pengubahsuaian dan pembesaran dari masa ke semasa hingga tahun 2012. Pada 24 September 2012, masjid telah mendapat peruntukan dari Kerajaan Negeri Perak untuk pengubahsuaian keseluruhan masjid. Masjid Baru selepas diubahsuai berkonsepkan rekabentuk nusantara ilham dari Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Diraja Dr.Zambry Bin Hj Abdul Kadir, mempunyai menara setinggi 20 meter dan bumbung berbentuk piramid dan dihiasi seni bina melayu telah beroperasi sehingga sekarang dan masih belum dirasmikan.

BINAAN

Mempunyai menara setinggi 20 meter dan bumbung berbentuk piramid dan dihiasi seni bina melayu.

KEMUDAHAN

-Tempat wudhuk. -Telekung. -Sajadah. -Bilik mesyuarat. -Pejabat masjid. -Ruang makan. -Ruang memasak. -parkir -Laluan orang kurang upaya. -Tandas awam. -Ruang bilik kuliah. -Rumah musafir.

PETA