Masjid ini di dirikan atas tapak wakaf oleh seorang penduduk kampung ini kepada seorang pedagang dari Pasai Indonesia yang datang berdagang dimana kampung Sitiawan adalah menjadi pelabuhan pedagang terkenal di kawasan Utara, menjadi pintu masuk pekerja ladang dan bijih timah.
Bagi mengeratkan serta mengembangkan Agama Islam dikawasan ini, Masjid ini didirikan diatas tanah wakaf oleh penderma tempatan sementara kos pembinaan ditanggung oleh Pedagang Pasai.
BINAAN
Walaupun reka bentuk masjid pada asalnya mengikut reka bentuk Masjid di Pasai, tetapi telah diubahsuai beberapa kali kerana kerosakkan struktur bangunan dimana kayu-kayu rangka telah dimakan anai-anai dan kerosakan kerana cuaca.
KEMUDAHAN
Mihrab yang menjadi tempat khatib membaca khutbah, dewan makan dan dapur , balai lintang , tempat wudhuk tambahan ,tandas dan bilik air berasingan bagi lelaki dan perempuan.
Surau lama diubahsuai menjadi tempat tinggal sementara bagi pendakwah yang juga diguna sebagai ruang tambahan jemaah solat jumaat.