KG. DATO SERI KAMARUDIN,
32040 SERI MANJUNG,
PERAK
PERAK
0802021
0195751508
30/11/-0001
SEJARAH
Masjid ini boleh diziarahi di Kampung Datuk Seri Kamarudin, Setiawan. Bangunan masjid yang berkonsepkan Timur Tengah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah pada 24 Ramadan 1424 Hijri bersamaan 19 November 2003 Masihi. Masjid ini mempunyai gerbang berulang yang mendominasi sekeliling bangunan. Kubah berbentuk topi dibina diiring dua buah menara di kiri dan kanan. Rupa bentuk masjid ini menekankan kesederhanaan, tetapi tetap kelihatan indah dan menarik.