MASJID SULTAN YUSUF

JALAN RAJA MUSA MAHADI, RAPAT SETIA, 31350 IPOH, PERAK
PERAK
0801323
0195737277
05-3131545
22/01/1978

SEJARAH

Pembukaan penempatan Rapat Setia, Gunung Rapat, Ipoh adalah mempunyai hubungkait yang begitu rapat dengan penubuhan syarikat kerjasama orang-orang melayu, Ipoh dalam tahun 1953. Pembinaan fasa pertama rumah kediaman di Rapat Setia ini telah dilaksanakan dalam tahun 1959. Sejak dari itu, pembinaan perumahan berjalan dengan lancer dan penduduk yang mendiami kawasan Rapat Setia ini semakin bertambah ramai. Untuk memenuhi keperluan penduduk disini, dalam fasa ketiga pembinaan perumahan, sebuah surau/madrasah telah dibina di atas tapak berkeluasan 17,690 kaki persegi (lot 46483)di Jalan Pasar ( Jalan Raja Musa Mahadi), Rapat Setia, Gunung Rapat,31350 Ipoh. Ia telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Idris Shah dalam tahaun 1963. Tanah tapak surau berkenaan telah dihadiahkan oleh Syarikat Kerjasama Perumahan Orang-Orang Melayu Perak Berhad (kini Koperasi Perumahan Orang Melayu Kinta Berhad). Pengasas pembinaan surau ini adalah juga pengasas Syarikat Kerjasama Perumahan Orang-Orang Melayu Perak Berhad.

BINAAN

Bangunan Masjid Sultan Yusuf, Rapat Setia, Ipoh ini pada keseluruhannya mempunyai ciri-ciri Seni Bina Islam, khususnya bahagian dinding luar masjid. Ia mempunyai 3 buah kubah dan sebuah kubah utama, yang mempunyai ciri-ciri moorosh domes, salah sebuah daripada kubah tersebut berwarna keemasan. Masjid ini mempunyai sebuah menara yang tinggi berwarna kuning dengan sebuah kubah berwarna biru. Dewan (ruang) solat utama masjid ini berbentuk lapan segi (eight sided) . Ia mempunyai sebuah mimbar ukiran kayu dinding. Dibahagian hadapan dewan solat utama dihiasi dengan ukiran bentuk uzbek. Dibahagian hadapan dan kiri kanan dewan solat yang berbentuk lapan segi ini, sebelah atas, terdapat tulisan khas ayat al-Quran yang begitu indah dan menarik. Hampir keseluruhan dinding bahagian dalam masjid ini dipasang mosaic hingga ke syiling. Permukaan dinding daripada mosaic menjadikan ia licin dan cicak tidak ada dalam ruang solat.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -parkir -kedai perniagaan -laluan orang kurang upaya -tandas awam -tandas orang kurang upaya -perpustakaan -ruang bilik kuliah -homestay -kawasan riadah dan tempat rehat -kolam air terjun binaan & ikan hiasan -kereta jenazah -rezah tanah perkuburan -sekolah rendah agama rakyat -sekolah tahfiz kerjasam sekolah swasta

PETA