MASJID SAIDINA UMAR IBNU AL KHATTAB

KG TERSUSUN BATU 4, 31400 IPOH, PERAK
PERAK
0801321
0135017687
06/01/2014

SEJARAH

Pada asalnya penduduk di kariah, Kg.Tersusun Batu 4, Tambun mula diteroka dan didiami sekitar tahun 1990an. Mereka mendirikan solat adalah di sebuah surau kecil sedia ada dan dapat memuat lebih kurang 100 orang jemaah yang dibina sejak tahun 1996 atas ehsan derma orang ramai dan bantuan jabatan pembangunan negeri. Kemudian surau ini telah dinaiktaraf kepada surau diri jumaat melalui kebenaran Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) untuk mendirikan solat jumat pertama pada 08 Julai 2005.

BINAAN

Masjid ini dibina tanpa kubah. Hanya berbumbungkan tiles yang berkilat untuk memastikan ianya tidak mudah pudar. Mempunyai ruang solat yang lapang dan tidak bertiang ditengahnya seperti binaan Masjid Sultan Azlan Shah Jalan Dairy Ipoh. Manakala mihrabnya dihiasi dengan tiles bercorak seni dan khat yang ditempah khas dan disiapkan oleh kontraktor dari Kuala Lumpur. Mimbar pula diperbuat daripada kayu jati yang diukir dengan seni khat. Masjid ini juga dilengkapi dengan bilik khas pengurusan jenazah, bilik mesyuarat, bilik imam, cctv serta bilik air dan tempat wuduk yang selesa.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -laluan orang kurang upaya -tandas awam -tandas orang kurang upaya -kerusi orang kurang upaya -perpustakaan -ruang bilik kuliah -rumah musaffir -kawasan riadah

PETA