Tanah tapak masjid ini telah digazetkan pada tahun 1911 oleh Residen Inggeris ketika itu. Bangunan masjid mula dibina pada tahun 1914. Pemimpin ketika itu diketuai oleh Allahyarham Tuan Hj Mohd Tahir. Pada tahun 1962, ahli jawatankuasa ketikaitu yang diketuai oleh Allahyarham Tuan Hj Abd Rahman telah membina semula bangunan masjid yang pada ketika itu telah usang. Berlaku banjir besar pada tahun 1967 dimana air Sungai Kinta yang berada disebelah masjid telah melimpah masuk ke dalam masjid. Walaubagaimanapun tiada kerosakan pada bangunan cuma peralatan memasak seperti kawah periuk dan lain-lain perkakas dihanyutkan oleh air.
BINAAN
bangunan asal bercirikan reka bentuk melayu ketika itu kemudian dibangunkan semula seperti yang ada sekarang yang mempunyai ruang solat dan tiada kubah hanya mempunyai menara yang sederhana tinggi.
KEMUDAHAN
-tempat wuduk
-telekung
-sejadah
-bilik pegawai masjid
-ruang makan
-ruang memasak
-parkir
-tandas awam
-kerusi orang kurang upaya
-ruang bilik kuliah
-kawasan riadah