JALAN SRI KINTA 13,
KAMPUNG SRI KINTA,
31650 IPOH,
PERAK
PERAK
0801305
0125050442
01/02/1990
SEJARAH
MASJID INI TELAH SIAP DIBINA PADA TAHUN 1990. TAPAK MASJID TELAH DIGAZETKAN SEBAGAI MILIK JABATAN AGAMA ISLAM PERAK (JAIPK) UNTUK KEGUNAAN MASJID SEJAK PEMBUKAAN KAMPUNG SRI KINTA IPOH, PERAK. MASJID JAMEK AD-DINIAH, KAMPUNG SRI KINTA, IPOH ADALAH SEBUAH MASJID YANG DILETAKKAN DIBAWAH PENGAWASAN JABATAN AGAMA ISLAM, PERAK DARUL RIDZUAN DAN TELAH DIDAFTARKAN DENGAN NOMBOR PENDAFTARAN JAPK/DWH/M/IPH/20. MASJID INI DIBINA OLEH KERAJAAN BAGI MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT.
PADA TAHUN 1996 BANGUNAN MASJID INI TELAH DIPERBESARKAN LAGI PEMBINAANNYA DISEBELAH KIRI DAN KANAN SERTA DIBAHAGIAN HADAPAN BAGI MENAMPUNG JEMAAH YANG RAMAI KETIKA MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT.
OLEH KERANA KEDUDUKANNYA YANG STRATEGIK BERHAMPIRAN PULA DENGAN KAMPUNG CEMPAKA SARI, IPOH SERTA KEWUJUDAN KAMPUNG-KAMPUNG BARU, TAMANÂ TAMAN PERUMAHAN SEPERTI TAMAN TEMARA DAN TAMAN SRI SAYANG, IPOH MAKA IANYA MUDAH DIDATANGI OLEH PARA JEMAAH DARI KAWASAN SEKITARNYA.
KESELURUHAN PENDUDUK ISLAM YANG MENETAP DI KAMPUNG SRI KINTA, DIANGGARKAN LEBIH KURANG 3,000 ORANG. MASJID INI MEMPUNYAI DUA BAHAGIAN DEWAN SOLAT YANG BESAR SERTA BERANDA DISEBELAH KIRI DAN KANAN HANYA PISAHKAN DENGAN PINTU CERMIN GELUNSUR YANG BOLEH DIBUKA/DIRENGGANGKAN BAGI MENGELAKKAN TERPUTUSNYA SAF ANTARA JEMAAH. MASJID INI BOLEH MENAMPUNG KIRA-KIRA 900 ORANG JEMAAH BAGI MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT.
BANGUNAN ASAL INI KEMUDIAN DINAIKTARAF, DIUBAHSUAI DAN DITAMBAH KELUASAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT, MENGIKUT KEPERLUAN JEMAAH DARI SEMASA KE SEMASA. BAGAIMANAPUN STRUKTUR KERANGKA ASAL BANGUNAN MASIH KEKAL HINGGA KE HARI INI.
SEBUAH MADRASAH DAN TIGA BUAH SURAU DILETAKKAN DI BAWAH KARIAH MASJID JAMEK AD-DINIAH, KAMPUNG SRI KINTA, IPOH IAITU MADRASAH AI-KHALIDIAH DAN SURAU AR-RASHIDIAH, DARI KAMPUNG SRI KINTA, SURAU AI-TOLABIAH, KAMPUNG CEMPAKA SARI, DAN SURAU AR-RAHMAN, TAMAN TEMARA.
BINAAN
KEMUDAHAN
DEWAN SOLAT UTAMA, BILIK MESYUARAT, RUANG SOLAT WANITA, SETOR, BILIK PENGURUSAN JENAZAH, BILIK IMAM DAN BILAL, TANDAS LELAKI DAN WANITA, RUANG SERBAGUNA, TEMPAT WUDUK LELAKI DAN WANITA, RUANG TERBUKA PENGAJIAN WANITA, PENTAS TERBUKA, PARKIR KERETA DAN MOTOSIKAL, PENGHAWA DINGIN, PENAPIS AIR, COFFEE CORNER