MASJID AL-FURQAN

PERSIARAN PEGOH , TAMAN PENGKALAN JAYA , 31650 IPOH, PERAK
PERAK
0801286
0135202350
01/02/2009

SEJARAH

Tapak masjid ini adalah tapak masjid asal yang dirobohkan dan diganti dengan masjid baru. Semasa pembinaan sedang berjalan,jemaah disediakan tempat khas sementara dibahagian tepi belakang masjid ini untuk menunaikan solat. kini kawasan tersebut digunakan sebagai dewan makan sementara. dalam perancangan tapak dewan makan ini didirikan bangunan tiga tingkat dengan kemudahan perpustakaan, dewan di bahagian bawah dan lain-lain kegunaan.

BINAAN

Kubah - terdapat 2 kubah satu besar dan satu kecil. berbentuk labu bawang. Menara - terdapat 4 menara corak keislaman atas menara dipasang pembesar suara. Bumbung - bentuk curam dan ada 4 anjung depan adalah arah kiblat.atap yang digunakan adalah jenis atap genting dan metal deck. Mihrab - mihrab diperbuat daripada kayu, atas tempat imam membaca khutbah. Dibawahnya dijadikan tempat simpan peralatan seperti rehal dan lain-lain. Ruang Solat - ruang solat berukuran 56 kaki x 84 kaki boleh menampung seramai 2000 jemaah termasuk ruang veranda kiri dan kanan masjid. Seni Khat Seni Bina Keseluruhannya - seni khat luar dan dalam masjid masih dalam tindakan.struktur binaan adalah konsep konkrit bertulang.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -kedai perniagaan -laluan orang kurang upaya -tandas awam -tandas orang kurang upaya -perpustakaan -ruang it -kawasan riadah

PETA