MASJID INI ASALNYA SEBUAH SURAU YANG DIBINA PADA TAHUN 1973 SECARA GOTONG-ROYONG OLEH PENDUDUK KAMPUNG PADA KETIKA ITU. DANA PEMBINAAN DAN BAHAN BINAAN SURAU DITAJA OLEH SEORANG AHLI PERNIAGAAN IAITU ALMARHUM DATO HAJI ABDUL TAIB.
PADA TAHUN 1990, SURAU TERSEBUT TELAH BERTUKAR STATUS KEPADA SEBUAH MASJID UNTUK MENAMPUNG JEMAAH YANG SEMAKIN BERTAMBAH. PEMBINAAN MASJID INI JUGA DAPAT DILAKUKAN HASIL DARI SUMBANGAN PENDUDUK KARIAH INI DAN SUMBANGAN ORANG RAMAI.
KINI KARIAH MASJID INI MERANGKUMI BEBERAPA BUAH KAMPUNG SEPERTI KAMPUNG SERI KELEBANG, KAMPUNG TAWAS TAMBAHAN, TAMAN SERI DESA, KAMPUNG SERI KELEBANG TAMBAHAN 1, 2 DAN 3 SERTA TERDAPAT 20 BUAH TAMAN PERUMAHAN YANG DIANGGARKAN KESELURUHAN BILANGAN PENDUDUK ISLAM SERAMAI MELEBIHI 5,000 ORANG.