MASJID AL-AMANIAH

KAMPUNG CHEPOR DALAM, 31200 CHEMOR, PERAK
PERAK
0801281
0196191782
02/02/2004

SEJARAH

Masjid lama telah didirikan 5o tahun yang lalu tahun 1954 dengan menggunakan kayu, papan, atap zink dan lantai simen hasil dari peruntukan Kerajaan dan kutipan orang ramai. Waktu dibina, keupayaan jemaah 150 orang dengan ada menara kayu,kubah, berenda dan tempat berwuduk. Setelah hampir 50 tahn diguna pakai dengan keadaan kayu semakin reput dan banyak sarang anai-anai cadangan dibuat untuk membina bangunan masjid baru. Setelah beberapa tahun dimohon, kelulusan telah diperolehi daripada Pejabat Ahli Parlimen Tambun melalui icu Jabatan Pedana Menteri kelulusan RM500,000 untuk membina bangunan baru Masjid Al-Amaniah Kg.Chepor Dalam. Pembinaan masjid selama 2 tahun dan berlaku kelewatan kerana kontraktor yang dilantik tidak dapat menyiapkan kerja mengikut tarikh yang ditetapkan. Proses re-tender dibuka semula dan akhirnya bangunan masjid siap tahun 2007 dan digunakan sepenuhnya hingga sekarang.

BINAAN

Ciri-ciri senibina masjid adalah dari contoh beberapa bangunan masjid yang telah dibina oleh Pejabat Pembangunan Negeri Perak. Rekabentuk masjid sedia ada dikira luas dan panjang mengikut peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM500,000. Kubah -dibina dari keluli besi dan simen keliling. Menara -dibina kemudian dengan peruntukan dari YB Menteri Besar Perak. Bumbung -semua kekuda dipasang dengan besi dan atap metaldec. mihrab -dibina bulat arah kiblat konktit simen. Ruang Solat -lantai simen dan berkarper biru. Seni Khat -tulisan dan ayat al-quran keliling ruang solat utama. Senibina Keseluruhan -keseluruhan binaan bangunan masjid dikonkrit simen dan diuji keutuhannya oleh Jabatan Jurutera Negeri Perak.

KEMUDAHAN

PETA