Masjid Solatiah bermula sebagai Surau Solatiah yang bertempat di sebuah rumah sewa di Persiaran Wira Jaya Barat 66, Taman Rapat Setia Baru Ipoh pada tahun 1986
Kemudian sebuah bangunan surau yang tetap telah didirikan di Persimpangan Wira Jaya Barat 66 dengan Persiaran Wira Jaya Barat 31, Taman Rapat Setia Baru, Ipoh.
Hasil dari kepesatan pertambahan penduduk, Surau Solatiah telah dinaiktaraf kepada Surau Diri Jumaat dan solat Jumaat pertamanya didirikan pada 27 November 1988.
Surau Diri Jumaat ini kemudiannya dinaiktaraf lagi menjadi Masjid Solatiah oleh mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak kali ke 150 yang bersidang pada 6 November 2000. Pengisytiharan solat Jumaat pertamanya telah disempurnakan oleh SS Dato' Seri Mufti Negeri Perak pada 23 Februari 2001.
Kepadatan penduduk terus meningkat dan menyebabkan sebuah bangunan baru Masjid Solatiah telah dibina di tapak yang sama dan bangunan baru ini telah siap dibina dan diserahkan kepada Jawatankuasa Kariah Masjid pada 23 Mei 2016. Solat Jumaat pertama di bangunan baru ini pada 10 Jun 2016
Walaupun bangunan baru Masjid Solatiah telah mula digunakan untuk solat Jumaat, namun bangunan lama masjid terus juga digunakan bersama untuk mendirikan solat Jumaat kerana bilangan jemaah yang besar yang tidak dapat ditampung sepenuhnya oleh bangunan baru.
BINAAN
KEMUDAHAN
-tempat wuduk
-telekung
-sejadah
-bilik mesyuarat
-bilik pegawai masjid
-pejabat masjid
-parkir
-laluan orang kurang upaya
-tandas awam
-tandas orang kurang upaya
-kerusi orang kurang upaya
-perpustakaan
-bilik pengurusan jenazah
-kereta mpv
-stor
-dataran sembelihan ibadah qurban