MASJID BATU UBAN

11700 BATU UBAN PULAU PINANG
PULAU PINANG
0704016
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Batu Uban telah diasaskan oleh Tuan Haji Mohammad Saleh yang digelar Nakhoda Nan Intan pada tahun 1734. Nama sebenar beliau ialah Maharaja Nan Intan Ibni Al-Marhum Tengku Patih Nan Sebatang. Beliau berhijrah dari Minangkabau. Nakhoda Nan Intan berasal dari Kampung Buadi, Paya Kumboh, Pagar Ruyung, Sumatera. Nakhoda Nan Intan diketahui telah datang ke Pulau Pinang bersama tiga buah bahtera. Nakhoda Nan Intan singgah di Batu Uban, satu lagi bahtera singgah di Bayan Lepas (Nakhoda Bayan) dan bahtera ketiga singgah di Jelutong (Nakhoda Kecil). Ketiga-tiga nakhoda tersebut mempunyai talian persaudaraan.

BINAAN

Dari segi rekabentuk masjid, Masjid Batu Uban merupakan masjid yang terletak berhampiran dengan laut. Terdapat tembok berbentuk segi empat menyerong yang dibina di tepi masjid dan disebelah tembok pula terdapat pohon Asam Jawa. Di bahagian tengah tembok, terdapat satu telaga yang di gunakan untuk para jemaah mengambil wuduk. Asal-usul telaga ini adalah disebabkan Haji Mohammad Saleh (Nakhoda Nan Intan) yang ketika itu ingin mencari air. Beliau kemudiannya telah menggali lubang ditepi pantai dan mendapati air yang keluar dari lubang itu jernih. Dikatakan telaga ini mempunyai keistimewaan kerana airnya tawar dan jernih walaupun terletak di tepi laut. Walaupun ombak merempuh tembok tersebut, namun tembok itu masih kukuh. Akibat daripada itu, beliau mahu tinggal di kawasan tersebut. Beliau bersama anak kapalnya telah menebang pokok di Pulau Jerjak untuk membina masjid dan seterusnya membina penempatan di situ. Di bahagian tengah masjid terdapat empat tiang utama yang dikatakan adalah dari pohon cendana. Oleh yang demikian, teori yang mengatakan Francis Light yang membuka Pulau Pinang pada 1786 dapat diragukan kerana terdapat bukti menunjukkan bahawa Haji Muhammad Salleh yang merupakan orang pertama yang membuka Pulau Pinang dengan pembinaan masjid ini. oleh Mohd Nazrif Bin Mohd Nor (http://www.penangmalays.my)

KEMUDAHAN

PETA