Masjid At-Taqwa Kampung Bukit Kening telah siap dibina pada tahun 1984. Kerajaan telah menampung sepenuhnya pembiyaan bagi pembinaan masjid ini, di mana ruang solatnya dapat menampung seramai 400 jemaah. Walaupun sederhana sahaja namun tampak kemas dengan keadaan sekelilingnya yang dijaga rapi dan bersih.
BINAAN
Batu-bata dicat dengan dua warna di bahagian bawah sekeliling masjid. Diperbuat daripada kayu sepenuhnya dialas bersama susunan batu-bata yang diwarnakan. Serakan cahaya alam menembusi tingkap menceriakan lagi ruang solat.
KEMUDAHAN
Terdapat kemudahan tandas untuk kegunaan jemaah, ruang mengambil wudhuk yang selesa. Selain itu, terdapat parkir kenderaan yang berbumbung dan kawasan meletak kenderaan yang luas.