MASJID KARIAH RASAH JAYA TELAH DIBINA PADA TAHUN 1988M. PENGASASNYA ADALAH PENDUDUK ISLAM TAMAN RASAH JAYA. MASJID INI TELAH DIBAIKI DAN DIBESARKAN PADA TAHUN 1994 DAN 1995.
TAPAK MASJID INI TELAH DIWAKAFKAN OLEH KERAJAAN NEGERI. MASJID INI ASALNYA SEBUAH SURAU DAN TELAH DINAIKTARAFKAN SEBAGAI MASJID SEMENTARA OLEH PIHAK MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DAN SEBUAH BANGUNAN MASJID YANG BARU LEBIH BESAR PADA TAHUN 1997.
SEMASA DIBINA AHLI JEMAAH ADALAH SERAMAI 400 ORANG DAN KINI TELAH BERTAMBAH SERAMAI 1200 ORANG.
MASJID INI MENGURUS TIGA BUAH SURAU DI BAWAH SELIAANNYA.