MASJID KARIAH PANTAI YANG BERALAMAT DI BATU 8, 71700 SEREMBAN NSDK TELAH DIBINA PADA TAHUN 1924M. PENGASASNYA ADALAH YM DATO KELANA PUTRA MAAMOR BIN KASSIM, UNDANG LUAK SUNGAI UJONG. MASJID INI TELAH DIBAIKI DAN DIBESARKAN PADA TAHUN 1986 DAN 1994.
TAPAK MASJID INI TELAH DIWAKAFKAN OLEH PENDUDUK TEMPATAN. DIATAS CADANGAN YM DATO' KELANA PUTRA MAAMOR BIN KASSIM, UNDANG LUAK SUNGAI UJONG PADA MASA ITU MAKA MASJID INI TELAH DIBINA DENGAN SUMBANGAN DARIPADA ORANG RAMAI DAN BANTUAN YM DATO UNDANG LUAK SUNGAI UJONG SERTA PIHAK-PIHAK TERTENTU.
SEMASA DIBINA JEMAAH ADALAH SERAMAI 200 ORANG DAN KINI TELAH BERTAMBAH SERAMAI 700 ORANG.
MASJID INI MENGURUS DAN MENGAWAL SELIA SEBELAS BUAH KAWASAN TANAH PERKUBURAN DAN DUA BUAH SURAU.