MASJID KARIAH KHAIRIAH LENGGENG YANG BERALAMAT DI 71750 LENGGENG NSDK TELAH DIBINA PADA TAHUN 1927M. PENGASASNYA ADALAH DATO PENGHULU HAJI MAT YATIM DAN RAKAN-RAKAN. MASJID INI TELAH DIBAIKI DAN DIBESARKAN PADA TAHUN 1952, 1953 DAN 1994.
TAPAK MASJID INI TELAH DIWAKAFKAN OLEH PENDUDUK TEMPATAN. MASJID INI TELAH DIDIRIKAN DENGAN KERJASAMA PENDUDUK TEMPATAN SERTA SOKONGAN DATO PENGHULU, DATO' DAGANG DAN DATO'-DATO' LEMBAGA DI KARIAH TERSEBUT.
SEMASA DIBINA AHLI JEMAAH ADALAH SERAMAI 150 ORANG DAN KINI TELAH BERTAMBAH SERAMAI 500 ORANG.
MASJID INI MENGURUS DAN MENGAWAL SELIA EMPAT BUAH KAWASAN TANAH PERKUBURAN DAN TIGA BUAH SURAU.