MASJID KARIAH MAMBAU TELAH DIBINA PADA TAHUN 1923M. PENGASASNYA ADALAH PENDUDUK SETEMPAT.
TAPAK MASJID INI TELAH DIKURNIAKAN OLEH KERAJAAN NEGERI. BANGUNANNYA DIBESARKAN DARI SEMASA KE SEMASA BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENDUDUK YANG SEMAKIN BERTAMBAH. MASJID INI PERNAH DIBAIKI DAN DINAIK TARAF PADA TAHU 1985M DAN 1994M.
SEMASA DIBINA AHLI JEMAAH ADALAH SERAMAI 100 ORANG DAN KINI TELAH MENCAPAI BILANGAN SERAMAI 700 ORANG.
MASJID MENGURUS DAN MEGAWAL SELIA EMPAT BUAH KAWASAN PERKUBURAN DAN TIGA BUAH SURAU.