MASJID KARIAH PAROI TELAH DIBINA PADA TAHUN 1959M. PENGASASNYA ADALAH PENDUDUK SETEMPAT.
TAPAK MASJID INI TELAH DIKURNIAKAN OELH KERAJAAN NEGERI. MASJID INI PERNAH DIBAIKI DAN DINAIK TARAF PADA TAHUN 1983M , 1985M , DAN 1991M.
DI ATAS KEPERIHATINAN KERAJAAN NEGERI, MASJID INI TELAH DIBINA SEMULA DI TAPAK YANG SAMA MULAI DISEMBER 2008M DENGAN KOS RM7.7 JUTA DAN TELAH SIAP SEPENUHNYA PADA TAHUN 2011M.
SEMASA DI AWAL IANYA DIBINA HANYA MAMPU MENAMPUNG SERAMAI 250 ORANG JEMAAH TETAPI SETELAH DIUBAHSUAI MAMPU MENAMPUNG JUMLAH SERAMAI 1000 ORANG JEMAAH UNTUK SATU-SATU MASA.
MASJID INI MENGURUS DAN MENGAWAL SELIA TIGA BUAH KAWASAN TANAH PERKUBURAN DAN LIMA BELAS BUAH SURAU.