MASJID NEGERI

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, JALAN DATO' HAMZAH, 70000 SEREMBAN
N. SEMBILAN
0505002
06-7639354
06-7672889
30/11/-0001

SEJARAH

Telah dibina pada tahun 1966M dan diasaskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan di atas tapak yang telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri. Memandangkan bahawa Negeri sembilan pada masa itu belum mempunyai masjid negeri, maka Kerajaan Negeri sembilan di bawah pempinan YAB Tan Sri Dr. Mohd Said bin Muhammad Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu telah bersetuju supaya masjid Negeri dibina dikawasan seluas lebih kurang 2 hektar yang ada sekarang bagi menggantikan Masjid Jamek Bandar Seremban yang tidak dapat menampung para jemaah yang semakin bertambah. Ia telah dirasmikan oleh Paduka Seri Tuanku yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pada hari jumaat, 24 November 1967.

BINAAN

Rekabentuk Masjid Negeri yang dibina pada tahun 1967 ini begitu simbolik. Sembilan ruang dan sembilan anjung tambahan yang dibina menggambarkan struktur politik negeri. Masjid ini terletak berdekatan dengan Taman Bunga, di pusat bandar. Dua buah tasik di taman ini sering diadakan acara sukan dan program-program kebudayaan. Bangunan Seketariat Negeri berbentuk zaman kolonial juga terletak berhampiran masjid ini.

KEMUDAHAN

Masjid ini dilengkapi dengan perpustakaan awam bilik kuliah dan bilik ICT

PETA