KG MASJID TANAH, AIR HITAM, CHEMBONG, 71300 REMBAU
N. SEMBILAN
0504042
019-3768682
30/11/-0001
SEJARAH
Masjid ini telah dibina pada tahun 1900M secara gotong royong oleh penduduk setempat. Tapak masjid ini dikurnikan oleh Kerajaan Negeri.
Bangunan masjid ini telah dibina pada tahun 1980M di atas tanah kerajaan kira-kira 1KM dari masjid lama dengan bantuan kerajaan dan sumbangan orang ramai.
Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1995M. Semasa dibina ahli jemaah seramai 70 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 400 orang.
Masjid ini mengurus dan mengawal selia 40 buah kawasan tanah perkuburan dan 7 buah surau.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara.
Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan perempuan
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Mimbar
5. Stor
6. Parking kereta
7. Tempat masak
8 . Ruang makan