Masjid Kariah Pedas Tengah dibina pada tahun 1971M. Pengasasnya ialah penduduk setempat. Tapak masjid ini telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri. Masjid ini telah diubah suai menjadi bangunan baru pada tahun 1980M. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 2007M.
Semasa dibina masjid ini hanya memiliki ahli jemaah kariah seramai 40 orang sahaja dan kini ianya telah meningkat kepada 200 orang jemaah dalam satu - satu masa.
BINAAN
Masjid ini masih mengekalkan seni bina islam moden yang sesuai mengikut peredaran zaman. Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara.
Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1.Ruang solat lelaki dan wanita
2.Tempat wudhuk
3. Tandas
4.Bilik mesyuarat
5. Ruang pengurusan jenazah
6.Ruang makan jemaah
7.Parking kereta dan motosikal
8.Tempat istirehat