Masjid Kariah Kampung Tengah Chembong Halt, Sepri telah dibina pada tahun 1926M. Pengasasnya ialah penduduk setempat dan Kerajaan Negeri. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh seorang ahli kariah.
Bangunan yang ada sekarang telah dibina pada tahun 1964M dan telah dirasmikan oleh YTM Dato' Undang Luak Rembau pada 09 Julai 1966M. Semasa dibina ahli jemaah cuma seramai 30 orang dan kini telah mencapai bilangan 70 orang ahli.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara.
Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik Stor
5. Ruang pengurusan jenazah
6 .Ruang makan jemaah
7. Parking kereta dan motosikal
8. Tempat istirehat