Masjid kariah Mampong telah dibina pada tahun 1940M. Pengasasnya ialah penduduk setempat dan Kerajaan Negeri. Tapak masjid ini diwakafkan oleh seorang ahli kariah.
Bangunan asal masjid dibina menggunakan kayu kemidian diganti dengan bangunan baru pada tahun 1974M dan dirasmikan oleh oleh YTM Undang Luak Rembau. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1995M dan 2008M.
Semasa dibina ahli jemaah cuma seramai 40 orang dan kini telah mencecah bilang jemaah seramai 100 orang dalam satu-satu masa.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara.
Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Ruang pengurusan jenazah
5. Ruang makan jemaah
6.Parking kereta dan motosikal
7. Tempat istirehat