MASJID KARIAH SENAMA

71300 REMBAU
N. SEMBILAN
0504037
06-9853929
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid kariah Senama telah dibina pada tahun 1944M. Pengasasnya ialah Allahyarham Tuan Hj. Mohd Ali yang juga mewakafkan tanahnya untuk tapak masjid ini. Bangunan sekarang dibina dengan sumbangan orang ramai pada tahun 1963M dan dirasmikan oleh YTM Dato' Undang Luak Rembau. Masjid ini pernah dinaik taraf pada tahun 1963M, 2005M dan 2006M. Semasa dibina ahli jemaah cuma seramai 80 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 180 orang jemaah dalam satu - satu masa.

BINAAN

Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.

KEMUDAHAN

1. Ruang solat lelaki dan wanita 2. Tempat wudhuk 3. Tandas 4. Ruang pengurusan jenazah 5. Ruang makan jemaah 6. Parking kereta dan motosikal 7. Tempat istirehat

PETA