MASJID KARIAH PEKAN PEDAS

71400 PEDAS
N. SEMBILAN
0504036
019-2734149
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Kariah Pekan Pedas telah dibina pada tahun 1910M. Pengasasnya ialah Allahyarham Hj Adb Ghafar. Tapak masjid ini telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri. Bangunan masjid asal dibina daripada kayu dan dibina secara bergotong - royong. Masjid yang baru didirikan oleh kerajaan pada tahun 1968M di atas tapak yang sama. Masjid ini juga pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1968M dan 2005M. Semasa awal pembinaan masjid ini hanya mempunyai kapasiti jemaah seramai70 orang sahaja dan kini bilangan tersebut telah meningkat kepada 500 orang jemaah dalam satu - satu masa.

BINAAN

Senibina masjid masih lagi mengekalkan unsur-unsur seni bina islam moden. Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.

KEMUDAHAN

1. Ruang solat lelaki dan wanita 2.Tempat wudhuk 3.Tandas 4. Bilik mesyuarat 5. Ruang pengurusan jenazah 6.Ruang makan jemaah 7.Parking kereta dan motosikal 8.Tempat istirehat

PETA