Masjid Kariah Sawah Raja telah dibina pada tahun 1898M. Pengasasnya ialah penduduk setempat. Tapak masjid ini telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri.
Sebuah bangunan baru telah didirikan pada tahun 1978M dengan bantuan badan Kerajaan Negeri di atas tanah Kerajaan. Masjid ini uga pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1992M dan 1995M. Semasa dibina masjid ini hanya mempunyai ahli jemaah seramai 40 orang sahaja tetapi kini jumlah tersebut telah menigkat seramai 150 orang dalam satu - satu masa.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara.
Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, , ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik Stor
5. Ruang pengurusan jenazah
6. Ruang makan jemaah
7. Parking kereta dan motosikal
8. Tempat istirehat