MASJID KARIAH TITIAN AKAR

71150 LUBUK CHINA
N. SEMBILAN
0504034
010-5380920
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Kariah Titian Akar telah dibina pada tahun 1958M. Pengasasnya ialah Allahyarham Hj Zainal bin Hj Ujang dan penduduk setempat. Tapak masjid ini telah diwakafkan Allahyarhamah Pesah bin Yahaya. Pada awalnya penduduk kampung telah mengumpul derma dan bergotong - royong bagi membangunkan masjid ini. Pada tahun 1983M sebuah masjid baru didirikan bagi menggantikan masjid lama yang sedia ada. Masjid ini telah dirasmikan oleh YTM Dato' Undang Luak Rembau. Masjid ini juga pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1983M, 1991M, dan 2001M. Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 46 orang sahaja dan kini jumlahnya telah mencapai bilangan seramai 150 orang.

BINAAN

Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, , ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.

KEMUDAHAN

1. Ruang solat lelaki dan wanita 2. Tempat wudhuk 3. Tandas 4. Bilik Stor 5. Ruang pengurusan jenazah 6. Ruang makan jemaah 7. Parking kereta dan motosikal 8. Tempat istirehat .

PETA