Masjid Kariah Titian Bintangor telah dibina pada tahun 1950M. Pengasasnya ialah YTM Dato' Undang Luak Rembau. Tapak masjid ini telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri. Masjid pertama dibina dalam tahun 1950M secara bergotong - royong oleh ahli kariah.
Setelah peruntukan kerajaan diperolehi maka bangunan baru didirikan pada tahun 1968M dengan kerja sama YTM Dato' Undang Luak Rembau. Masjid ini pernah dibaiki dan dibesarkan pada tahun 1987M dan 1995M. Semasa pembinaannya ahli jemaah hanya seramai 48 orang kini jumlah tersebut telah meningkat seramai 100 orang jemaah dalam satu - satu masa.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara.
Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, , ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik Stor
5 .Ruang pengurusan jenazah
6. Ruang makan jemaah
7. Parking kereta dan motosikal
8. Tempat istirehat
.