Masjid Kariah Sungai Timun telah dibina pada tahun 1962M. Pengasasnya ialah penduduk setempat. Tapak masjid ini ialah kurniaan Kerajaan Negeri. Sebelum masjid ini didirikan ahli - ahli kariah menunaikan solat jumaat di masjid Lubok China sehingga bangunan ini siap sepenuhnya pada tahun 1962M.
Masjid ini pernah dibaiki dan dinaiktaraf pada tahun 1992M dan 2007M. Semasa dibina ahli jemaah cuma seramai 40 orang sahaja dan kini jumlah tersebut menigkat sehingga 100 orang jemaah dalam satu - satu masa.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. .
Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, , ruang mihrab dan mimbar. Ruang mimbar pula terletak di sebelah kanan mihrab dan diukiri dengan hiasan yang menarik Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik mesyuarat
5. Bilik Stor
6 Ruang pengurusan jenazah
7. Ruang makan jemaah
8. Dewan seminar
9. Parking kereta dan motosikal
10. Tempat istirehat