Masjid Kariah Lubok China telah dibina pada tahun 1920M. Pengasasnya ialah penduduk setempat. Tapakmajid ini telah dowakafkan oleh penduduk setempat. Masjid yang pertama dibina dengan cara bergotong- royong secara beramai - ramai diatas tapak wakaf orang perseorangan.
Pada tahun 1968M pihak kerajaan telah bersetujumembina bangunan baru di atas tanah kurniaan Kerajaan Negeri. Masjid ini juga pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun1968M, 1980M, 2006M dan 2008M. Ahli jemaah pada awal pembinaan masjid itu ialah seramai 40 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 250 orang.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik Stor
5. Ruang pengurusan jenazah
6. Ruang makan jemaah
7. Parking kereta dan motosikal
8. Tempat istirehat