Masjid Kariah Durian Daun telah dibina pada tahun 1978/1979M. Pengasasnya ialah penduduk setempat. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Allahyarhamah Milah Che Teh. Pada asalnya penduduk bergotong - royong mendirikan masjid dengan hanya menggunakan empat batang tiang sahaja.
Pada tahun 1978M masjid baru didirikan dengan bantuan Kerajaan Negeri dan telah dirasmikan oleh YTM Dato Undang Luak Rembau. Kemudian masjid ini sekali lagi didirikan sebuah bangunan baru pada tahun 1995M untuk menggantikan bangunan yang lama dan telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.
Semasa dibina masjid ini mempunyai ahli jemaah seramai 60 orang sahaja dan kini jumlah tersebut telah meningkat hampir 100 orang ahli dalm satu - satu masa.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik mesyuarat
5. Bilik Stor
6. Ruang pengurusan jenazah
7. Ruang makan jemaah
8. Tempat istirehat
9. Parking kereta dan motosikal