Masjid Kariah Kampung Panchang telah dibina pada tahun 1964M, Pengasasnya ialah Allahyarham Hj Sulaiman bin Ahmad. Tapak masjid inin telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri. Pada awal tahun 1960M ahli kariah mendirikan solat jumaat di sebuah surau yang kemidiannya dinaik taraf menjadi sebuah masjid.
Setelah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri maka pada tahun 1964M bangunan baru telah dididrikan diatas tapak yang sama. Masjid ini juga pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1987M. Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 70 orang dan kini jumlah tersebut telah mencapai seramai 150 orang.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik mesyuarat
5. Bilik Stor
6. Ruang pengurusan jenazah
7. Ruang makan jemaah
8. Parking kereta dan motosikal
9. Tempat istirehat