MASJID KARIAH KUNDUR HILIR

71400 PEDAS
N. SEMBILAN
0504028
012-6837674
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Kariah Kundur Hilir telah dibina pada tahun 1981M. Pengasasnya ialah penduduk setempat. Tapak masjid ini telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri. Masjid yang ada sekarang ini merupakan masjid yang ketiga didirikan. Dua bangunan sebelumnya adalah hasil gotong - royong penduduk kampung. Bangunan baru ini dibina dengan bantuan kerajaan dan telah dirasmikan oleh YTM Dato' Undang Luak Rembau pada tahun 1982M. Masjid ini pernah dibaiki dan dibesarkan pada tahun 1981M, 1994M, dan 2008M. Semasa dibina masjid ini hanya mempunyai ahli jemaah seramai 40 orang sahaja dan kini jumlah tersebut telah menigkat hampir 100 orang jemaah kariah dalam satu - satu masa.

BINAAN

Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. Ia juga berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.

KEMUDAHAN

1. Ruang solat lelaki dan wanita 2. Tempat wudhuk 3. Tandas 4. Bilik Stor 5 .Ruang pengurusan jenazah 6. Ruang makan jemaah 7. Parking kereta dan motosikal 8. Tempat istirehat

PETA