MASJID KARIAH KG. PILIN

71300 REMBAU
N. SEMBILAN
0504027
013-3979876
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Kariah Kampung Pilin telah dibina pada tahun 1920M. Pengasasnya ialah penduduk kampung setempat. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh penduduk setempat. Pada tahun 1968M pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju membina bangunan baru di atas tanah kurniaan kerajaan. Masjid ini pernah dibaiki dan dibesarkan pada tahun 1968M, 1980M, dan 1990-an. Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 60 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 200 orang.

BINAAN

Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh. Masjid ini juga mempunyai sebuah menara dan sebuah rumah taboh . Rumah taboh ini agak kecil berukuran 1.5 meter persegi yang ditinggikan arasnya lebih kurang setengah meter dan disokong oleh empat struktur tiang kayu.

KEMUDAHAN

1. Ruang solat lelaki dan wanita 2. Tempat wudhuk 3. Tandas 4. Bilik Stor 5. Ruang pengurusan jenazah 6. Ruang makan jemaah 7. Parking kereta dan motosikal 8. Tempat istirehat

PETA