Masjid Kariah Kundur Tengah telah dibina pada tahun 1931M. Pengasasnya ialah penduduk setempat. tapak masjid ini telah dikurniakan oleh Badan Kerajaan Negeri. Bangunan pertama masjid ini dibina secara bergotong - royong oleh ahli kariah. Pada tahun 1968M pihak kerajaan telah bersetuju bagi mendirikan sebuah masjid baru.
Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik tarafkan pada tahun 1968M, 1989M, dan 1995M. Semasa pembinaan masjid ini hanya mempunyai ahli jemaah seramai 37 orang sahaja akan tetapi jumlah tersebut telah menigkat seramai hampir 100 orang jemaah dalam satu - satu masa.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik Stor
5. Ruang pengurusan jenazah
6. Ruang makan jemaah
7. Parking kereta dan motosikal
8. Tempat istirehat