Masjid Kariah Kundur Ulu telah dibina pada tahun 1927M. Pengasasnya ialah penduduk setempat.
Tapak masjid ini telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri. Bangunan pertama telah dibina pada tahun 1927M secara bergotong- royong oleh ahli kariah.
Pada tahun 1960M bangunan baru telah didirikan hasil bantuan Kerajaan Negeri.Masjid ini pernah dibaiki dan dibesarkan pada tahun 1960M dan1990M. Semasa pembinaannya ahli jemaah hanya seramai 40 orang sahaja dan kini jumlah tersebut telah mencapai bilangan seramai 100 orang.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yng kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik mesyuarat
5. Bilik Stor
6. Ruang pengurusan jenazah
7. Ruang makan jemaah
8. Parking kereta dan motosikal
9. Tempat istirehat