Masjid Kariah Pulau Mampat telah dibina pada tahun 1938M. Pengasasnya ialah Allahyarham Lebai Abd Samad dan Allahyarham Lebai Abd Rahman. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh penduduk setempat. pada tahun 1986M Kerajaan bersetuju membina masjid ini semula dengan batu secara pasang siap.
Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1957M, 1986M, 1995M, dan pada tahun 2008M. Semasa dibina ahli jemaah cuma seramai 80 orang sahaja dan kini jumlah tersebut telah meningkat seramai hampir 200 para jemaah dalam satu - satu masa.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik mesyuarat
5. Bilik Stor
6. Ruang pengurusan jenazah
7. Ruang makan jemaah
8. Parking kereta dan motosikal
9. Tempat istirehat