MASJID KARIAH LEGONG ULU

71350 KOTA, REMBAU
N. SEMBILAN
0504022
06-4381310
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Kariah Legong Ulu telah dibina pada tahun 1920M. Pengasasnya ialah Allahyarham Dato' Shah Bandar Hj Sail. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh ahli kariah di mana sebuah bangunan kayu dibina secara bergotong - royong. Masjid ini pernai dibaik pulih dan dinaik taraf pada tahun 1968M, 1994M, 2006M, dan 2007M. Semasa dibina ahli jemaah cuma seramai 50 orang ahli jemaah sahaja dan kini jumlah tersebut telah meningkat kepada 170 orang ahli jemaah dalam satu - satu masa.

BINAAN

Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. Ruang mimbar pula terletak di sebelah kanan mihrab dan diukiri dengan hiasan yang menarik.Ruang mimbar pula terletak di sebelah kanan mihrab dan diukiri dengan hiasan yang menarik

KEMUDAHAN

1. Ruang solat lelaki dan wanita 2. Tempat wudhuk 3. Tandas 4. Bilik Stor 5. Ruang pengurusan jenazah 6. Ruang makan jemaah 7. Parking kereta dan motosikal 8. Tempat istirehat

PETA