Masjid Kariah Padang Lebar telah dibina padaawal tahun 1800M. Pengasasnya ialah seorang pawakaf bernama Allahyarham Tuan Hj Mohd Said dan Tuan Hj Mohd Pol.
Bagi menampung jumlah penduduk yang ramai, sebuah masjid baru dibina di atas tapak yang juga diwakafkan oleh seorang penduduk di situ pada tahun 1979M.
Masjid ini telah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 2008m. Semasa dibina ahli jemaah cuma seramai 140 orang sahaja dan kini jumlah tersebut telah bertambah seramai hampir 200 orang jemaah dalam satu - satu masa
BINAAN
Masjid ini secara keseluruhannya dibina menggunakan keupayaan bahan dan teknologi terkini iaitu daripada struktur konkrit dan bata. Terdapat juga penerapan unsur-unsur seni bina tempatan seperti penggunaan anjung dan serambi yang dapat dilihat di bahagian sisi bangunan masjid. Bumbung dan anjung masjid adalah gabungan bumbung berbentuk rata. Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, loteng, ruang mihrab dan mimbar.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik Stor
5. Ruang pengurusan jenazah
6. Ruang makan jemaah
7. Parking kereta dan motosikal
8. Tempat istirehat