Masjid Kariah Bongek telah dibina pada tahun 1901M. Pengasasnya ialah penduduk setempat yang juga telah mewakafkan tanahnya untuk tapak masjid ini.
Apabila seorang ahli kariah telah bermurah hati dengan mewakafkan tanahnya bagi tujuan pembangunan masjid baru maka pada tahun 1967M Kerajaan Negeri telah memberikan bantuan membina sebuah masjid baru yang masih digunakan sehingga kini.
Masjd ini pernah dibaiki dan dibesarkan pada tahun 1967M, 2004M dan 2005M. Semasa dibina masjid ini mempunyai kapasiti jemaah seramai 50 orang sahaja dan kini jumlah tersebut telah meningkat kepada 200 orang jemaah dalam satu - satu masa.
BINAAN
Masjid ini tidak mempunyai bumbung yang khusus dan khubah seperti kebiasaannya. Binaan masjid ini juga ringkas. Mempunyai sebuah tangga yang menempatkan sistem pembesar suara bagi kegunaan penduduk setempat mendengar laungan azan.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik Stor
5. Ruang pengurusan jenazah
6. Ruang makan jemaah
7. Parking kereta dan motosikal
8. Tempat istirehat