Masjid Kariah Astana Raja dibina pada tahun 1885M. Pengasasnya ialah penduduk setempat. Tapak masjid inin telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri.
Oleh kerana pertambahan penduduk, Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan ahli kariah bagi membina masjid baru di atas tanah lot 1085/1074 seluas 3.568 ekar Mukim Legong Ulu. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1985M, 1994M, dan 1995M.
Semasaa dibina ahli jemaah adalah seramai 100 orang sahaja dan kini jumlah tersebut telah menigkat kepada 300 orang jemaah dalam satu- satu masa.
BINAAN
Bangunan ini mempunyai bumbung berlapis tiga tingkat dan penampilannya agak dominant. Terdapat juga penerapan unsur-unsur seni bina tempatan seperti penggunaan anjung dan serambi yang dapat dilihat di bahagian sisi bangunan masjid
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik Stor
5. Ruang pengurusan jenazah
6. Ruang makan jemaah
7. Parking kereta dan motosikal
8. Tempat istirehat