MASJID KARIAH PENAJIS

71300 REMBAU
N. SEMBILAN
0504017
019-3401376
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Kariah penajis telah dibina pada tahun1900M. Pengasasnya ialah penduduk setempat. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh penduduk setempat. Pada tahun 1927M Allahyarham Tuan Guru Sheikh Mohd Said bin Sheikh Jamaludin Al-Linggi telah mengetuai membina semula masjid yang uzur secara bergotong - royong dan memindahkan bangunan tersebut dari tepi sungai ke tapak yang sedia ada. Masjid ini juga pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1960M dan 1995M. Semasa dibina ahli jemaah cuma seramai 60 orang sahaja dan kini jumlah tersebut telah meningkat kepada hampir 160 orang jemaah dalam satu - satu masa.

BINAAN

Terdapat juga penerapan unsur-unsur seni bina tempatan seperti penggunaan anjung dan serambi yang dapat dilihat di bahagian sisi dan hadapan bangunan masjid. Bumbung dan anjung masjid adalah gabungan bumbung berbentuk rata dan juga bentuk bumbung limas. Gerbang berbentuk segi tiga dipilih untuk menghiasi serambi masjid ini.

KEMUDAHAN

1. Ruang solat lelaki dan wanita 2. Tempat wudhuk 3. Tandas 4. Bilik mesyuarat 5. Bilik Stor 6. Ruang pengurusan jenazah 7. Ruang makan jemaah 8. Parking kereta dan motosikal 9 .Tempat istirehat

PETA