Masjid Kariah Nerasau telah dibina pada tahun 1938M. pengasasnya ialah Allahyarham Tuan Hj. Abd Jalil bin Abd Rahman. Beliau telah bermuafakat dengan penduduk setempat mendirikan masjid dengan cara bergotong- royong. Masjid ini telah dinaik taraf pada tahun 1985M.
Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh orang perseorangan. Semasa dibina ahli jemaah masjid ini cuma seramai 80 orang sahaja dan kini bilangannya telah mencapai seramai 300 orang dalam satu - satu masa.
BINAAN
Masjid ini telah beberapa kali melalui proses pengubahsuaian walau bagaimanapun pengubahsuaian tersebut tidak mengubah keaslian masjid ini dimana bahagian hadapan, mihrab dan mimbarnya kekal dengan bentuk asal.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik mesyuarat
5. Bilik Stor
6. Tempat istirehat
7. Ruang pengurusan jenazah
8. Ruang makan jemaah
9. Parking kereta dan motosikal
10. Tempat istirehat