Masjid Kariah Selemaktelah dibina pada tahun 1844M. Pengasasnya ialah penduduk setempat. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh penduduk setempat. Bangunan asal dibina pada tahun 1844M iaitu sebuah bangunan kayu. Pada tahun 1984M pula, bangunan baru telah didirikan oleh Kerajaan Negeri.
Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 2000M dan 2008M. Semasa dibina ahli jemaah adalah cuma seramai 60 orang sahaja dan kini telah mencapai bilangan seramai 200 orang jemaah dalam satu - satu masa.
BINAAN
Seni bina bangunan lama seperti mimbar dan lain - lain telah dikekalkan sama seperti reka bentuknya yang asal hanya berlaku sedikit perubahan dilakukan seperti pengubahsuaian warna yang sesuai mengikut suasana kampung.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik mesyuarat
5. Ruang pengurusan jenazah
6. Ruang makan jemaah
7. Dewan seminar
8. Parking kereta dan motosikal
9. Tempat istirehat
10. Kenderaan Jenazah