MASJID KARIAH SERI KENDONG

71350 KOTA, REMBAU
N. SEMBILAN
0504009
012-9742105
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini telah dibina pada tahun 1963M. Ia diasaskan oleh Allahyarham Haji mohd Yusof bin Kecil bersama penduduk setempat. Tapak masjid ini adalah kurniaan Kerajaan Negeri. Sebelum ini, penduduk mendrikan Solat Jumaat di sebuah balai raya yang telah diubah suai. Bangunan yanag ada sekarang ini dibina pada tahun 1965M dengan bantuan Kerajaan Negeri. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1989M dan 1995M. Semasa dibina masjid ini hanya dapat menampung seramai 100 orang dan kini menongkat seramai 200 orang.

BINAAN

Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.

KEMUDAHAN

1. Ruang solat lelaki dan wanita 2. Tempat wudhuk 3. Tandas 4. Ruang pengurusan jenazah 5. Ruang makan jemaah 6. Parking kereta

PETA