MASJID KARIAH KOTA

71350 KOTA, REMBAU
N. SEMBILAN
0504008
06-4381530
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini telah dibina pada tahun 1898M. Pengasasnya adalah penduduk setempat. Bangunan masjid asal dibina pada tahun 1898M di tepi Sungai Kota secara gotong-royong. Tapak masjid sekarang ini adalah kurniaan Kerajaan Negeri. Masjid ini telah dibina baru pada tahun 1959M. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1989M, 1990M dan 2004M. Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 70 orang, dan kini telah meningkat seramai 400 orang.

BINAAN

Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara. Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.

KEMUDAHAN

1. Ruang solat lelaki dan wanita 2. Tempat wudhuk 3. Tandas 4. Bilik Imam 5. Mimbar 6. Penghawa dingin 7. Stor 8. Parking kereta 9. Tempat masak 10. Ruang makan 11. Van jenazah

PETA