Masjid ini telah dibina pada tahun 1914M. Pengasasnya ialah Datok Sri Maharaja dan penduduk setempat.Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Puan Habsah, isteri kepada Datok Sri Maharaja yang menjadi ketua adat ketika itu.
Pada tahun 1999M, sebuah bangunan baru telah dibina bersentetangan dengan bangunan lama. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 2005M dan 2007M.
Semasa dibina ahli jemaah cuma seramai 30 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 200 orang. Masjid ini pernah beberapa kali mewakili daerah Rembau dan pernah menjadi Naib Johan dalam Anugerah Masjid Contoh Peringkat Negeri.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara.
Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik Imam
5. Mimbar
6. Penghawa dingin
7. Stor
8. Parking kereta
9. Tempat masak
10. Ruang makan
11. Perpustakaan