Masjid ini telah dibina pada tahun 1900M. Pengasasnya ialah Allahyarham Tok Pawang Idris.
Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh seorang ahli kariah. Bangunan lama masjid ini dibina secara gotong royong dengan diketuai oleh Allahyarhan Tok Pawang Idris.
Pada tahun 1959M, masjid ini telah dirasmikan oleh YTM Dato' Undang Luak Rembau. Manakala banguna yang sedia ada sekarang adalah dibina di atas tapak masjid lama pada tahun 1995M oleh Kerajaan Negeri dan orang ramai.
semasa dibina, ahli jemaah adalah seramai 65 orang dan kini telah mencapai seramai 300 orang.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara.
Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik Imam
5. Mimbar
6. Penghawa dingin
7. Stor
8. Parking kereta
9. Tempat masak
10. Ruang makan