Masjid Kariah Batu 17 Chembong telah dibina pada tahun 1900M. Pengasasnya ialah penduduk setempat.
Tapak masjid ini telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri. Pada tahun 1980M bangunan yang baru dibina di atas tanah kerajaan kira 1.5KM dari masjid lama dengan bantuan kerajaan dan sumbangan orang ramai.
Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1980M, 2005M dan 2006M. Semasa dibina ahli jemaah adalah cuma 70 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 200 orang.
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara.
Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
2. Tempat wudhuk
3. Tandas
4. Bilik Imam
5. Mimbar
6. Penghawa dingin
7. Stor
8. Parking kereta
9. Tempat masak
10. Ruang makan