Masjid ini dibina pada tahun 1932M. Pengasasnya ialah Allahyarham Hj Bujal, Allahyarham Hj Hashim, Allahyarham Hj Osman Kiyai dan penduduk setempat .
Bangunan asal masjid ini telah didirikan secara gotong royong oleh penduduk setempat dan pada tahun 1982M dan sebuah bangunan baru didirikan bagi mengantikannya. Kemudian pada tahun 1985M masjid ini telah dirasmikan oleh YTM Undang Luak Rembau.
Semasa dibina ahli jemaah cuma seramai 50 orang dan kini telah bertambah seramai 200 orang .
BINAAN
Serambi berbentuk segi empat tepat dan berdinding serta bertingkap di bahagian kiri dan kanannya. Ia berfungsi sebagai ruang untuk berehat dan berbincang mengenai hal keagamaan. Ruang sembahyang adalah ruang yang utama dalam masjid ini. Ia dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti agama, bermesyuarat dan kenduri kendara.
Pada asasnya, masjid ini mempunyai ruang seperti serambi, ruang sembahyang, , ruang mihrab dan mimbar. Hampir keseluruhan senibina masjid ini menggunakan batu dan kongkrit yang kukuh.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
3. Tempat wudhuk
4. Tandas
5. Bilik mesyuarat
6. Ruang pengurusan jenazah
7. Ruang makan jemaah
8. Parking kereta dan motosikal